SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada tahun 1948 di atas tanah kepunyaan "Queen" secara bergotong royong dan diterajui oleh ketua kampung yang bernama Pak Da Mat. Bangunan asal sekolah ini bertiangkan nibong dan beratapkan nipah tanpa dinding. Menggunakan meja dan kerusi panjang yang dapat duduk sehingga beberapa orang. Cikgu Sulaiman bin Mohd Ali yang berasal dari Pahang secara sukarela menjadi guru yang pertama di sekolah ini. Beliau mendapat upah dari orang kampung berupa wang 50sen, ayam, itik, beras dan sebagainya. Beliau ditangkap oleh penjajah Inggeris kerana menanam sikap patriotik kepada murid-muridnya dengan menyanyi lagu negaraku dan semangat untuk merdeka

0 comments:

Post a Comment